Sunday, June 6, 2010

Isnin 7 Jun 2010 | 24 Jamadil Akhir 1431 Hijrah
Lokasi

Jabatan Teknologi Pendidikan adalah antara jabatan yang boleh dibanggakan kerana telah memenangi beberapa hadiah inovasi pada peringkat institut dan juga peringkat kebangsaan pada masa yang lepas. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Teknologi Maklumat dan Unit Teknologi Pendidikan. Unit Teknologi Maklumat terletak di Tingkat 3 Blok A sementara Unit Teknologi Pendidikan terletak di Blok F1 bersebelahan dengan Pusat Sumber Za'ba. Di Unit TMK terletaknya bilik pensyarah, Makmal Multimedia 4, makmal multimedia 5, Makmal Multimedia 7, Bilik Sever, Bilik Pegawai Sistem Maklumat, Bilk Juruteknik Komputer dan Bilik Stor. Di Unit TP pula terletaknya Bilik Pensyarah, Bilik Suntingan Video, Dewan Kuliah, Bilik Utiliti, Makmal Bestri 1, Makmal Bestari 2, dan Makmal Bestari 3.

Kemudahan_______________________________________________________

Di antara kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar ialah makmal-makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet jalur lebar. Para pelajar juga boleh akses kepada internet melalui talian tanpa wayar (wireless) di sekitar Jabatan Teknologi Pendidikan melalui komputer riba masing-masing secara percuma. Semua bilik dan makamal di pasang dengan kemudahan pendawadingin dan sistem pencahayaan yang baik. Terdapat juga bilik utiliti yang menyediakan kemudahan rakaman video untuk pembelajaran mikro. Pihak JTP sedang dalam proses menyediakan Bilik Sever dan Jaringan Kampus yang nantinya akan menyediakan talian internet tanpa wayar bagi seluruh kawasan kampus secara percuma.

Perkhidmatan____________________________________________________

Antara perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan para pensyarah dan pelajar IPTB ialah, khidmat nasihat tentang ICT, rekabentuk bahan pembelajaran, Internet dan langanan internet di asrama pelajar. Buat masa ini kemudahan wireless 24 jam di asrama disediakan oleh satu syarikat swasta yang memerlukan pelajar membayar yuran langanan sebanyak RM 20 sebulan. Langanan tersebut boleh dibuat melalui pegawai PSM di Jabatan Teknologi Pendidikan. Jabatan ini juga bertanggungjawab membangun dan mengendalikan Laman Web Rasmi Institut. Disamping itu jabatan ini juga telah membangunkan Portal Sistem Pembelajaran Atas Talian (SPAT). Melalui portal ini pelajar beleh mengakses pelbagai bahan pembelajaran secara online. Disamping itu para pelajar juga boleh berbincang, berdeskusi secara online melalui forum, chating, blog dan sebagainya.

Kursus-Kursus___________________________________________________

Jabatan Teknologi Maklumat menjalankan kursus-kursus wajib bagi pelajar sepenuh masa serta kursus dalam cuti bagi mereka yang mengikuti kursus KDPM, PPISMP, PPPRET dan KPLI. Disamping itu jabatan ini juga menjalankan kursus-kursus kepada guru-guru yang sedang berkhidmat (LDP) seperti Kursus Bestari, Kursus ICT, Internet, Website dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment