Sunday, June 6, 2010

Jabatan Teknologi Pendidikan

LATAR BELAKANG

Penggunaan sumber dalam pelbagai media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi teras kepada peningkatan kualiti pendidikan. Di samping kepesatan ledakan maklumat yang menyaksikan dunia tanpa sempadan, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini semakin menjadi sebahagian daripada amalan pendidikan termasuklah aspek pengurusan dan pentadbiran.

Justeru, perkembangan dan kemajuan pesat ICT ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam pelbagai bidang sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta mampu pula mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

Dalam keadaan tersebut, khidmat kepakaran dan bantuan dalam penggunaan media dan vsumber pembelajaran terutama penggunaan ICT dalam konteks sesebuah institut sewajarnya diperkemas dan dimantapkan. Penubuhan Jabatan Teknologi Pendidikan di institut ini sejak 1 Julai 1994 tentunya amat signifikan dan mempunyai matlamat untuk mencapai hasrat murni tersebut.


OBJEKTIF

  • Pelajar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hasil daripada P & P Teknologi Pendidikan dan ICT.
  • Pelajar menyedari dan menghayati kepentingan ICT dan Teknologi Pendidikan.
  • Pelajar menggunakan sumber pendidikan secara berkesan dalam membantu tugas-tugas guru.
  • Pelajar berkeupayaan menggunakan sumber maklumat dengan optimum dan berkesan melalui pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi pendedahan kepada pensyarah dan warga kampus tentang penggunaan program-program aplikasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran.



PIAGAM PELANGGAN

Kami staf Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha untuk:

  • Menyediakan guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Matematik yang berkemahiran mengajar bidang pengkhususan masing-masing dengan menggunakan kemahiran ICT dan Teknologi Pendidikan yang berkesan.
  • Menyediakan guru yang berkebolehan mengurus kokurikulum Persatuan ICT dan Teknologi Pendidikan yang dipertanggungjawabkan.
  • Menyediakan guru yang berupaya membantu pengurusan sekolah melalui kemahiran ICT dan Teknologi Pendidikan.
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran ICT dan Teknologi Pendidikan dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang disediakan.
  • Menepati masa dalam melaksanakan semua tugas agar pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
  • Memberi khidmat pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Teknologi Pendidikan dan ICT kepada pelanggan.
  • Memastikan warga kampus dilengkapkan dengan kemahiran komputer bagi melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.
  • Berusaha menyediakan kemudahan ICT yang mencukupi bagi kegunaan warga kampus.
  • Memastikan semua kursus yang dijalankan dapat memberi kepuasan kepada setiap peserta kursus.

CARTA ORGANISASI JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2010

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN 2010

SENARAI PENSYARAH

PERANCANGAN TAHUNAN JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2010

SASARAN KERJA UTAMA TAHUN 2010

• Mengendalikan Kursus Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi kepada pelajar

KPLI Sem. 1- 2
PPISMP Sem 1
PISMP Sem 4
KDP 4 Minggu Bestari
KSPK Bahasa Arab
KSPK Pengajian Al-Quran Tarannum
KSPK Pendidikan Islam
KDP 1 Minggu Multimedia (Komputer Apple)
KDP Media Dalam Pendidikan Islam
KDP Komputer

• Mengendalikan Kursus Asas Teknologi Pendidikan kepada pelajar

KPLI Sem. 1- 2
PISMP Sem 3
PPISMP Sem 1
KDP 14 Minggu KPM/OUM
KDP 14 Minggu Media dalam Pendidikan Islam

• Menjalankan penyeliaan pelajar KPLI, KDP dan KSPK semasa praktikum.

• Menjalankan penyelidikan, penulisan dan penerbitan.

• Mengendalikan Kursus ICT dan Teknologi Pendidikan kepada guru-guru sekolah.

• Mengendalikan Kursus ICT dan Teknologi Pendidikan kepada pensyarah dan staf pengurusan.

• Memberi khidmat nasihat kepada pensyarah dan staf pengurusan mengenai ICT dan Teknologi Pendidikan.

KENALI KAMI

En Karim bin Ejang
En Arbain bin Muhayat
Datin Hjh Siti Zabedah bt Othman
Tn Hj Manas bin Lehan
Pn Mutia Sabihah bt Tan Sri Asri En Abdullah bin Hamid
En Amiruddin bin Mohamed Zain
Pn Rosnah bt Ahmad Zain
En Abd. Rahman bin
Abu Bakar

To'Puan Fadzilah Mohd Noor

                  
Pn Mazilah bt Abdullah
Pn Nor Risah Jamilah bt
Mat Lazim
Pn Hajar bt Nordin
En Abd Razak bin Nawi







No comments:

Post a Comment